Selasa, 6 September 2011

Reunion SMKKGB masuk newspaper??Utusan Malaysia Online - Timur

Persatuan Alumni SMK Kompleks Gong Badak dilancar


SEBAHAGIAN daripada bekas pelajar yang menyertai majlis pelancaran Persatuan Alumni SMK Kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu, kelmarin.


KUALA TERENGGANU 5 Sept. - Persatuan Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Gong Badak (KGB) di sini, dilancarkan kelmarin bagi menyatukan bekas pelajarnya dan membantu meningkatkan tahap kecemerlangan sekolah itu.
Penubuhan alumni itu adalah hasil inisiatif beberapa bekas pelajar kumpulan terawal sekolah tersebut selain dengan kerjasama Pengetua SMK KGB, Abdullah Mamat selaku Penasihat persatuan itu.
Abdullah berharap, badan sukarela itu akan turut bergerak seiring dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam membangunkan pendidikan sekolah.
Di samping itu, katanya, ia juga sebagai landasan untuk berkongsi maklumat dan pengalaman antara bekas pelajar yang kini telah berjaya dalam kerjaya masing-masing sebagai model kepada para pelajar.
"Penubuhan persatuan tersebut dapat membantu mengembalikan kegemilangan sekolah bertepatan dengan slogan 'Ilmu, Amal dan Iman'," katanya kepada Utusan Malaysia selepas majlis itu.
Menurut beliau, pada masa ini persatuan sedang mengumpul maklumat daripada bekas pelajar bagi membolehkan pelbagai aktiviti dapat dirancang .
"Buat permulaan, persatuan akan cuba mengumpul dana bagi membolehkan program akademik dapat dilaksanakan untuk faedah pelajar terutama yang bakal menduduki peperiksaan," ujarnya.
Serentak dengan pelancaran alumni itu, lagu rasmi sekolah 'SMK KGB Gemilang' yang liriknya ditulis oleh Abdullah dan susunan muzik oleh guru SMK Bukit Besar, Che Azman Abdullah turut dilancarkan.
Majlis itu turut dihadiri oleh Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu, Shafruddin Ali Hussin yang pernah menjadi Pengetua sekolah tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.