Sabtu, 11 Mei 2013

DIPLOMA IN WOOD INDUSTRY (APPLIED SCIENCE)

serba sedikit tentang ape y ak belajar mse diploma....

kayu balak merupakan kayu yang diperolehi daripada pokok-pokok besar yang tumbuh di kawasan hutan. Kayu cengalmerantikeruingbalsa,raminbelian dan mahogani merupakan antara contoh-contoh kayu balak yang popular di seluruh dunia.
Di Malaysia, Sabah merupakan negeri pengeluar utama kayu balak semenjak zaman penjajahan British sehingga tahun 1990-an. Bahkan, Sandakanpernah mendapat gelaran sebagai "bandar pembalakan" suatu ketika dahulu kerana jumlah pengeluaran kayu balaknya yang tertinggi di Malaysia pada ketika itu.
Industri perkayuan merupakan industri hasil hutan yang amat penting dalam membantu peningkatan ekonomi sesebuah negara. Kayu kini telah digunakan untuk pelbagai tujuan dan kayu telah dipelbagaikan pengeluarannya dalam sebilangan produk seperti papan lapis, papan gentian, kertas dan sebagainya.
byk pengalaman y ak dpt mse diploma...sgt menyeronokkn...sampai skrg ak sgt meminati trackking...berkhemah....buku2 tentang kayu...pokok..smua...' I LOVE U POKOK'

sedikiy sebanyak name pokok...

Pengenalan
Sepetir atau nama saintifiknya Sindora miq. adalah dari keluarga Leguminosae. Semua spesis Sindora dipanggil sepetir sebagai nama umum tetapi setiap spesis ada rangkai nama yang membezakan spesis. Dua spesis Sindora yang digunakan sebagai ubat herba di Malaysia iaitu :
Sindora siamensis Teijsm ex Miq. (Sindora cochinchinensis baillon ) – sepetir mempelas
Sindora velutina J.G. Baker (Sindora parvifolia backer ex K. Heyne ) – sepetir beludu besar atau sepetir beludu kecil ( Semenanjung ) dan ensunut ( Sarawak ) (lagi…)
 

CENGAL (Neobalanocarpus Heimii) Jun 15, 2012

Filed under: pokok hutan — zainura66 @ 10:25 pm
Tags: 
Pokok Cengal
Pokok Cengal (Neobalanocarpus heimii) ialah sejenis pokok kayu keras yang sangat popular. Kawasan taburan semula jadi pokok ini terhad kepada Semenanjung Malaysia, Singapura dan selatan Thailand.
Pokok cengal menghasilkan kayu terbaik dan mencapai harga tertinggi di pasaran jika dibandingkan dengan jenis kayu lain dan tergolong dalam keluarga ‘Dipterocarpacease’ iaitu sejenis pokok menghasilkan buah yang mempunyai sepasang sayap serta mengeluarkan resin atau damar.
Kayu cengal adalah kayu keras yang tahan lama dan mempunyai ketumpatan antara 915 hingga 980 kilogram per meter padu yang kebiasaannya digunakan dalam kerja pembinaan berat terutama pembinaan bot, selain dijadikan tiang, serta jambatan tanpa perlu diawet kerana ia tahan dari serangan anai-anai. Ketahanan kayu itu disebabkan terdapat sejenis bahan awet semula jadi yang melindungi teras kayu. Kayu gubal, teras serta kulit pokok cengal mempunyai sejenis damar yang dikenali sebagai damar penak dan boleh digunakan dalam pembuatan varnis.
Di Malaysia, pokok cengal tumbuh di kawasan hutan tanah pamah yang mempunyai ketinggian kurang dari 1,000 meter terutama di kawasan yang mempunyai saliran air yang baik. Kebiasaannya pokok cengal hidup dengan baik di kawasan yang menerima hujan lebih dari 2,000 milimeter setahun dan tiada musim kemarau yang panjang.
Pokok Cengal terbesar dan tertua di Malaysia dijumpai di gunung Mandi Angin, Kompartmen 5, Hutan Simpan Pasir Raja, Hulu Dungun pada 1999 oleh Pegawai Renjer Durian Mas II, Encik Omar Mohamad. Pokok Cengal tersebut setinggi 65 meter dengan ukur lilitnya 16.75 meter, atau kira-kira 13 pemeluk, serta bergaris pusat 5.32 meter memerlukan 27 buah lori bagi mengangkut kayunya jika ditebang. Isipadu pokok cengal ini dianggarkan 220m3 dengan keberatan 120 tan metrik. Usia pokok tertua ini dianggarkan 1,300 tahun iatu berdasarkan kaedah pengiraan pokok di kawasan tropika mengikut pertumbuhan gegelang (growth ring) pada kadar 0.4sm setahun. Pokok cengal itu setinggi 16.5m dengan ukur lilit 16.75 meter membolehkan 13 memeluk batangnya yang besar. Pokok Cengal itu dijumpai di pada tahun 1999 oleh pekarja Jabatan Hutan, Omar Mohamad. Pokok yang terletak lebih kurang 200 meter dari sempadan Taman Negara dan 390 meter dari paras laut di kawasan Kompartmen 5 hutan ini, telah menerima pengiktirafan The Malaysia Book of Records sebagai pokok terbesar di Semenanjung Malaysia dan didokumenkan dalam keluaran edisi ketiga pada tahun 2001. ~ wikipedia
“Cengal adalah hasil dari satu spesies sahaja yaitu Neobalanocarpus heiumii. Terdapat di Semenanjung Malaysia. Pengeringan kayu ini perlahan dengan retak-retak hujung yang sederhana dan retak permukaan yang merupakan cacat utama kerendahan mutunya. Satu kecacatan kayu ini ialah terdapatnya banyak lubang-lubang penggerak halus yang merupakan sarang-sarang kumbang ambrosia yang telah mati. Kumbang-kumbang ini menyerang hampir kesemua pokok-pokok cengal semasa hidup. Kehadiran lubang halus ini sama sekali tidak menjejaskan kekuatan kayu kecuali dari segi aestetik. Kayu ini mungkin ditolak.”
Keterangan umum berkenaan kayu:
Kayu gubal jelas berbeza. Bila baru-baru digergaji teras kayu berwarna coklat kuning muda dengan bintik-bintik hijau jelas kelihatan. Apabila terdedah warna menjadi lebih gelap ke coklat ungu atau merah karat. Ia mempunyai tanda riak yang jelas. Iranya bersimpul, tatalnya halus dan seragam.
~ ejiputriramadhani.blogspot.com
 

CENGAL EMAS DIJADIKAN RANJANG

Filed under: Koleksi Foto — zainura66 @ 5:28 pm
Tags: 
 

KELINTING (Campnosperma Auriculata) Disember 25, 2010

Filed under: pokok hutan — zainura66 @ 11:29 am
Tags: 
Kayu Kelinting biasanya digunakan untuk membuat papan hitam, sampan, lotak kayu, pembinaan bangunan, kabinet dapur, canoe, keranda, perabot rumah dan lain-lain lagi.
 
Pengenalan
Pokok Cendana ialah sejenis pokok dari keluarga Santalaceae yang kayunya berbau harum dan berwarna kuning. Pokok parasit malar hijau Santalum album ini berasal dari Asia Tenggara, Kepulauan Pasifik dan Australasia.
Cendana (digelar juga cendana wangi) merupakan pokok penghasil kayu cendana dan minyak cendana. Kayunya digunakan sebagai rempah-rempah, bahan dupa, aromaterapi, campuran parfum serta sarung keris . Ia adalah dari jenis kayu yang baik; boleh menyimpan aromanya selama berabad-abad.
Kononnya di Sri Lanka, kayu ini digunakan untuk mengawet jenazah putri-putri raja sejak abad ke-9. Di Indonesia, kayu ini banyak ditemukan di Nusa Tenggara Timur, khususnya di Pulau Timor, meskipun sekarang ditemukan pula di Pulau Jawa dan pulau-pulau Nusa Tenggara lainnya.
Cendana adalah tumbuhan parasit pada awal kehidupannya. Kecambahnya memerlukan pohon inang untuk memberi sokongan pertumbuhannya, kerana perakarannya sendiri tidak sanggup mendukung kehidupannya. Oleh itu, prasyarat inilah cendana sukar dikembangbiakkan atau dibudidayakan.
Kayu cendana wangi ( Santalum album ) kini sangat kurang dan harganya sangat mahal. Kayu yang berasal dari daerah Mysoram di India selatan biasanya dianggap yang paling bagus kualitinya. Di Indonesia, kayu cendana dari Timor juga sangat dihargai. Sebagai gantinya sejumlah pakar aromaterapi dan minyak wangi menggunakan kayu cendana jenggi (Santalum spicatum). Kedua jenis kayu ini berbeza kepekatan bahan kimia yang dikandungnya dan oleh kerana itu kadar harumnya pun berbeza.
Kayu cendana dianggap sebagai obat alternatif untuk membawa orang lebih dekat kepada Tuhan. Minyak dasar kayu cendana, yang sangat mahal dalam bentuknya yang murni, digunakan terutama untuk penyembuhan cara Ayurveda dan untuk menghilangkan rasa cemas.
Di Indonesia, perkataan “cendana” sering digunakan untuk menyebut sesuatu yang unggul biasanya berkaitan dengan pemerintah mereka seperti Presiden Soeharto. (Rujukan : wikipedia)
Sifat Kimiawi : Tumbuhan ini kaya dengan kandungan kimia yang sudah diketahui antara lain – minyak meruap
Efek Farmakologis : Sifat – berbau harum, anti radang, anti disentri, emenagogum. Bahagian tanaman yang digunakan : Kayu, kulit dan minyaknya.
Pembiakan: Perbanyak tanaman dengan biji, cangkokan dan okulasi, pemeliharaannya mudah, pangkal pokoknya dibaja dan cukup air serta sinar matahari.
Ubat tradisional:
1. Gonore Virulenta : Kayu digiling dan ditambah air atau campur dengan minyak cendana dan tempelkan ketempat yang sakit
2. Emenagogum (pembersih haid) : kulir ditambah air, digiling, disaring dan minum airnya.
(Sumber : http://www.kaskus.us/)
CARA MENANAM BIJI POKOK CENDANA
Langkah-langkah:-
1.  Rendam biji selama 2 malam / 48jam di dalam baldi yang berisi air setengah baldi.
- selepas 2 hari perhatikan keadaan biji. Asingkan biji yang tenggelam dan yang terapung kerana biji yang tenggelam adalah yang berkualiti tinggi manakala yang terapung adalah kurang berkualiti.
2.  Sediakan tapak semaian menggunakan tanah hitam yang telah digembur.
3.  Taburkan biji yang telah direndam 2malam keatas tapak semaian yang telah disiram(Basah)dengan rata kemudian taburkan sedikit tanah hitam keatas biji. Pastikan tanah tidak menutupi keseluruhkan biji tadi.
4.  Siram 2 kali sehari iaitu pagi dan petang, ini untuk mempercepatkan proses percambahan.
5.  Sediakan Polibag kecil dengan menggunakan media tanah hitam.
6.  Perhatikan tapak semaian setiap hari, sekiranya ada biji yang pecah dan keluar sedikit tunas, cepat-cepat pindahkan ke dalam polibag dengan cara mengorek biji bersama dengan tanah dan masukkan ke dalam polibag yang telah disiram(basah). Ulangi ini sehingga kesemua biji yang pecah habis dipindahkan ke polibag.
7.  Selepas dipindahkan ke dalam polibag, siraman Cuma perlu 2hari sekali, dan tempatkan polibag di tempat yang terlindung dari cahaya matahari yang terik.
8.  Benih boleh ditanam ke tanah selepas 6 inci tinggi atau lebih.
Anak pokok Cendana tidak memerlukan kawasan yang terlalu bersih, ia lebih gemar pada sekeliling yang semak atau ia tumbuh subur dibawah lindungan pokok2 tinggi. Seperti di dalam kebun getah/ kebun buah-buahan.
9.  selepas tinggi pokok Cendana mencapai 10 kaki, bahagian pucuk perlu dicantas/dipotong terus, ini adalah bertujuan pokok tidak tumbuh terlalu tinggi dan kualiti/ Gred pokok dapat diperlihara.
10.  Pokok cendana matang pada tahun ke-8.
 

MESOYI (Cryptocarya Massoia (Oken) Kosterm.) KAYU BERAROMA

Filed under: pokok hutan,Uncategorized — zainura66 @ 7:08 am
Tags: 

 
Pengelasan hutan ini juga boleh dikategorikan mengikut perubahan ciri-ciri altitud, komposisi flora, habitat, iklim, tanah dan biotik. Pengelasan yang ditetapkan adalah seperti berikut:-
  1. Hutan Paya Laut
    Hutan ini terletak di persisiran laut yang berlumpur bercampur pasir laut yang mengalami air pasang dan surut. 150M dari paras laut.  Spesies utama ialah Bakau.
  2. Hutan Paya Gambut
    Hutan ini terletak di belakang hutan paya laut menghala ke darat dengan tanah gambut dan airnya yang kurang masin.  Spesies yang terdapat di kawasan ini ialah Meranti.
  3. Hutan Dipterokarp Pamah
    Hutan ini terletak di ketinggian 300 meter a.p.l. yang mempunyai bilangan pokok yang padat dan berbagai jenis. Spesies utama ialah Meranti, Balau dan Kapur.
  4. Hutan Dipterokarp Bukit
    Hutan ini terletak di ketinggian antara 300 – 750 meter a.p.l. yang merupakan kelas hutan yang terluas di Semenanjung Malaysia.  Spesies utama ialah Seraya, Keruing dan Meranti.
  5. Hutan Dipterokarp Atas 
    Hutan ini terletak di ketinggian 750 – 1,200 meter a.p.l. yang mengandungi terutamanya spesies Meranti bukit Dan Damar minyak.
  6. Hutan Montane – Oak
    Hutan ini terletak di ketinggian 1,200 – 1,500 meter a.p.l. yang kebanyakan spesiesnya bersaiz sederhana seperti Mempening, Berangan, Damar minyak dan Podo.
  7. Hutan Ericaceous – Gunung 
    Hutan ini terletak di ketinggian melebihi 1,500 meter a.p.l. yang mengandungi spesies pokok bersaiz kecil, bengkok dan rendah seperti Kelat, Periuk kera dan berbagai jenis belukar, buluh, resam, paku pakis dan lumut.